Milan Bonaguro Giorgio tidak hanya seorang pereka industri di milan malah merupakan seorang pereka dalaman. Lampu meja Tweety yang direkanya ini kelihatan simple tapi ianya mengabungkan hiasan, teknologi, kreatif, dan yang penting ia mesra alam. Diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam seperti bahan kitar semula dan juga mentol lampu penjimat elektrik rumah anda tanpa perlu risau dengan penyakit darah tinggi bila mendapat bil elektrik nanti.
Lampu meja Tweety ini hanya mempunyai dua bahagian utama, bingkai keluli sebagai badan dan sebiji mentol tanpa skru atau pelekat. oleh kerana reka bentuknya yang mudah, kerja pembersihan, penyelengaraan dan penggantian mentol juga sangat mudah.






No comments:
Post a Comment